}

Saturday 13 April 2019

AMALAN 5S


                           
Amalan 5S merupakan alat pengurusan persekitaran berkualiti yang dipelopori oleh Jepun dengan penumpuan kepada lima (5) langkah tindakan pelaksanaan yang bermula dengan huruf awalan ‛S yang bermatlamatkan pengurusan amalan kebersihan yang bersistematik. Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shitsuke adalah perkataan Jepun yang diringkaskan menjadi 5S. Dalam Bahasa Melayu memberi maksud Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal.Amalan 5S merupakan teknik yang paling berkesan bagi mewujudkan budaya peningkatan secara berterusan atau dikenali sebagai “Kaizen” dalam Bahasa Jepun. Kaizen adalah cara pembaikan dilakukan secara sedikit demi sedikit tetapi berterusan terutama dalam aktiviti yang berorientasikan manusia dan proses. Bagi menjayakannya, penyertaan dan komitmen yang tinggi diperlukan daripada semua peringkat anggota dalam organisasi.Mewujudkan persekitaran tempat kerja yang berkualiti dan produktif;Lebih banyak idea kreatif dan inovatif diketengahkan oleh pekerja untuk penyelesaian  masalah dan penambahbaikan Semua pekerja akan lebih berdisiplin dan beretika untuk menghasilkan prestasi kerja  yang lebih baik Operasi di tempat kerja lebih senang, pantas dan selamat Membina budaya kerja dan nilai bersama yang cemerlang; dan Menjadi kebanggaan semua pekerja dan meningkatkan imej organisasi

Pada hari ini semua pelajar sem2 tks bersihkan Makmal ICT.

Mula-mula kita sapu sampah.

Seterusnya, membuka cermin semasa sapu sampah.

  Selepas itu,kita mencuci lantai mop.

 Seterusnya,kita menyelap barang barang komputer di dalam Makmal ICT.

Selepas itu kita menyusun barang barang computer.contohnya pc,monitor,keyboard,mouse,dan sebagainya

Selepas itu, kita menyusun kabel dengan cantik.

Kita semua menunggu untuk lantai kering.

Kita semua menyusun kerusi bagi elok di bilik ICT.

Akhir sekali, kita semua habis membersih bilik ICT dengan kemas dan berkerjasama. 





                                 
                                         
                                 
                 

                                 
.





No comments:

Post a Comment